| Blackburn | ![]() | 3 - 1 | ![]() | Wolves | |
| Liverpool | ![]() | 4 - 0 | ![]() | Burnley | |
| Man City | ![]() | 4 - 2 | ![]() | Arsenal | |
| Portsmouth | ![]() | 2 - 3 | ![]() | Bolton | |
| Stoke City | ![]() | 1 - 2 | ![]() | Chelsea | |
| Sunderland | ![]() | 4 - 1 | ![]() | Hull City | |
| Wigan | ![]() | 1 - 0 | ![]() | West Ham | |
| Tottenham | ![]() | 1 - 3 | ![]() | Man Utd | |
| Birmingham | ![]() | 0 - 1 | ![]() | Aston Villa | |
| Fulham | ![]() | 2 - 1 | ![]() | Everton |
Tuesday, September 15, 2009
result mingu lepas
arsenal kalah lagi
ars kena belasah..mesti penyokog man u,livpol,chls suka ni tgk result ni...
pape pun malam masih muda...seperti yg aku ckp entry lepas..ars hanya panas di awal musim..so dah start kalah ni...diorng akan stady pas ni..tak menang ..seri...tapi mesti banyak seri..
kita berbalik kpd perlawanan tersebut..selepas gol penyamaan ars...perlawanan jadi seimbang..tetapi..setelah adibayor menyepak muka van persi.. game ars hancur...semua kucar kacir..semua pemai ars tidak boleh menerima apa yg bekas rakan pasukan itu buat..terutama song..rakan menari adibayor bila menjaring gol dulu...oleh itu dia mesti dikeluarkan....harap2 FA kenakan tindakan keatasnya..
Kamaruk sangat nak serang, nak main cantik, defend dah lubang sini-sana. Stopper takda la ... penting kalau terpaksa main serang menggila macam tu.
Kalau lu letak 4-4-2, bermakna tengah ada 4. Tapi bila kemaruk serang dan bola berlegar kat kawasan lawan, bermakna 4 defender dah terpaksa cover tengah. Yang tengah terpaksa bantu serangan.
Bila dah camtu, Song tu tak payah la menyibuk sama terlalu tinggi dan terlalu merata padang. 2-3 touch jer terus passing. Tak payah gelecek sana, drible sini. song kena jadi stopper ma. Penyudahnya, punyalah kacang bunciss Man C dapatkan gol untuk setiap kali counter. Hahaha. Apa taknya, sekor Man C counter dari tengah padang, dia boleh lari terus ke depan tanpa ada stopper. Yang defend plak dah tentu terpaksa berdepan dengan yang counter tadi. So, wing kiri dan kanan sapa nak jaga?
Stopper takda la.. budus...dari dulu aku ckp ars kena beli DM mcam patric veira tu...song belum cukup bagus nak main peranan tu.... tgk Man C. Siapa Stopper? Barry ma. Walau taklah terer mana, tapi peranan stopper penting untuk kacau.
Adebayor dah buat magik. Gila punya ajaib. Sekor2 bentes tak lepas. Seb baik tak gol. Tapi lepas dia gol, dia dah puas hati and just tunggu masa habes. Pemalas..mmg lama dah aku tak suka dia..cam kayu...elok pun dia blah..
Saturday, August 29, 2009
Aksi paling panas!

MANCHESTER - Mampukah Arsenal menyekat Manchester United di Old Trafford malam ini?
Ia merupakan satu-satunya aksi paling 'panas' dalam Liga Perdana England (EPL) minggu ini.
Arsenal kini dilihat paling menonjol selepas mencatat kemenangan bergaya pada dua perlawanan liga awal musim ini.
Kehebatan mereka membelasah Everton 6-1 sebelum ini membuktikan skuad kendalian Arsene Wenger itu sudah menemui sentuhan sebenar.
Kegarangan yang ditonjolkan Arsenal itu pastinya akan mengingatkan United supaya lebih berhati-hati walaupun mereka dilihat memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
Menambahkan lagi kehangatan pertemuan malam ini adalah memori kemenangan 4-1 United ke atas The Gunners pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.
Namun, situasi berbeza berlaku kali ini apabila Arsenal tampil dengan wajah baru selain bermula garang musim ini dengan merekodkan 15 gol daripada empat perlawanan.
"Ini adalah ujian besar buat pemain muda saya apabila bertandang ke Old Trafford," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Alex Ferguson pula pastinya mengharapkan sentuhan ajaib Wayne Rooney untuk menghadiahkan kemenangan bermaruah buat United malam ini.
"Tiada yang mustahil. Jika kami tampil dengan rentak sebenar, Arsenal boleh melupakan hasrat untuk pulang dengan kemenangan. Kami ada misi tersendiri untuk dipertahankan," kata Ferguson.
Friday, August 28, 2009
man u vs arsenal
man u
diawal musim ni..man u masih mencari rentak juara tanpa kelibat ronaldo..
kemasukan Valencia sedikit sebnyak membantu menghidupkan kekosongan yg ditinggalkan ronaldo..secara keseluruhan man u masih team yg kuat..
arsenal
musih baru seperti biasa arsenal akan bermula garang..adakah man u akan menamatkan rentak kemenangan arsenal?jika dilihat game2 yg lepas arsenal menang bergaya..tetapi masih banyak kelemahan di bahagian pertahanan setiap perlawanan akan bolos walaupun menang..setelah kehlangan kolo toare..weager bijak mencari defender baru bagi mengisi tempat itu..
Chelsea makin garang
Kali ini, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu membenam cabaran Fulham 2-0 pada aksi Liga Perdana England di Craven Cottage semalam.
Turun selaku pasukan pelawat, The Blues tetap garang dan mendahului pada minit ke-39 menerusi jaringan Didier Drogba.
Pada separuh masa kedua, giliran Nicolas Anelka pula meletakkan namanya sebagai penjaring.
Penyerang antarabangsa Perancis itu mudah membolosi gawang Fulham yang dikemudi Mark Schwarzer pada minit ke-76.
Dengan kemenangan itu, Chelsea berjaya mengekalkan rekod bersih dalam tiga perlawanan awal musim ini.
Ia juga memberi permulaan yang baik buat Ancelotti yang tampil untuk musim pertamanya dalam kempen Liga Perdana England.
“Menang tiga perlawanan berturut-turut adalah sesuatu yang hebat terutamanya pada musim pertama saya bersama kelab ini,” ujar Ancelotti yang sebelum ini mengendalikan kelab AC Milan.
Sebelum ini, skuad The Blues melakar dua kemenangan awal masing-masing ke atas Sunderland dan Hull City.
Mereka turut menjuarai trofi Perisai Komuniti selepas menewaskan Manchester United.
Perlawanan lain yang berlangsung semalam ialah antara West Ham United dengan Tottenham Hotspur yang menyaksikan Spurs mencatat kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah.
Burnley pula terus garang apabila menewaskan Everton 1-0. – Agensi
Liverpool hilang sengat.
Rentak sumbang terus mengiringi pasukan gergasi Inggeris itu ketika Liga Perdana England musim 2009/10 masih berada pada awal persaingan.
Reputasi pasukan itu selaku kelab elit gagal diterjemahkan dengan baik.
Aksi di gelanggang sendiri ternyata bukan kelebihan kepada mereka, seperti juga yang berlaku pada musim lalu.
Dua kekalahan Liverpool dalam tiga aksi awal memang mengecewakan pengurus The Reds, Rafael Benitez.
Semalam, mereka diperbudakkan oleh Aston Villa apabila tewas 1-3 pada aksi yang berlangsung di Anfield.
Kekalahan itu mengundang kekecewaan dan Benitez secara terbuka membidas prestasi hambar anak-anak buahnya, sekali gus menyukarkan peluang Liverpool memburu kejuaraan liga musim ini.
Untuk rekod, Liverpool hanya tewas dua kali ketika mereka muncul naib juara liga musim lalu.
“Lucas telah menjaringkan gol sendiri dan (Steven) Gerrard pula memberikan penalti kepada lawan. Jadi setiap pemain perlu membuat analisis terhadap banyak perkara.
“Saya keluarkan Lucas bukan kerana dia beraksi teruk berbanding pemain lain. Saya hanya mahu mengubah keadaan dengan membawa masuk pemain penyerang.
“Kami melakukan banyak kesilapan dan pemain senior pula tidak menggunakan pengalaman yang ada pada mereka,” kata Benitez.
Selepas Lucas tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-34, Curtis Davies menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Villa pada penghujung babak pertama hasil daripada sepakan sudut.
Penyerang Liverpool, Fernando Torres berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-72 tetapi dua minit kemudian, Gerrard telah menjatuhkan Nigel Reo-Coker dalam kotak penalti.
Ashley Young menyudahkan sepakan penalti itu untuk gol ketiga Villa.
“Kami telah pun tewas dan kami perlu mempertingkatkan prestasi selepas ini,” tegas Benitez. – Agensi





















