duit raya

Monday, May 4, 2009

Kesilapan kecil bakal undang padah - Hiddink

LONDON - Guus Hiddink memberi amaran kepada Chelsea bahawa pasukan itu tidak mampu lagi menampung sebarang 'kesilapan kecil' apabila berhadapan Barcelona pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, minggu ini.

Kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pertemuan pertama di Camp Nou, minggu lepas.

Keputusan tersebut dilihat mampu menjadikan Chelsea sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke perlawanan akhir apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stamford Bridge, Rabu ini.

Bagaimanapun, kelekaan Blues mengekang gawang daripada dibolosi bakal menyebabkan kelab England itu tersingkir daripada persaingan tersebut.

Gerakan serangan berbahaya telah ditunjukkan oleh pendahulu La Liga tersebut apabila menumpaskan Real Madrid 6-2 di Bernabeu, kelmarin.

Chelsea bagaimanapun telah menunjukkan permainan baik sebelum pertemuan dengan Barcelona apabila menundukkan Fulham 3-1 di Stamford Bridge, kelmarin.

Biarpun mencatat kemenangan pada pertemuan liga tersebut, Hiddink begitu mengambil berat terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan.

Ia terbukti apabila jaringan pertama Blues menerusi percubaan Nicolas Anelka pada minit pertama perlawanan dipadamkan oleh pemain Fulham, Erik Nevland.

Malah, benteng pertahanan yang ditunjukkan oleh pemain Blues dilihat begitu longgar apabila menghasilkan beberapa peluang untuk Cottagers mencipta jaringan pada separuh masa pertama.

"Kamu tidak mampu untuk menerima sebarang kesilapan kecil. Saya tidak gembira kerana kami begitu cuai pada beberapa posisi.

"Perkara seumpama ini sememangnya membuatkan saya tidak suka untuk menyaksikannya, biarpun pasukan ini mencatat kemenangan baik.

"Ia bukan hanya melibatkan satu posisi dan ia kebanyakannya merupakan kesilapan yang berlaku secara berulang.

"Jika kami mahu bermain untuk diri sendiri ketika mana pasukan ini tidak sepenuhnya berada dalam keadaan penuh tumpuan, kami pastinya akan melepaskan peluang yang diperoleh. Ia sama seperti yang telah kami lakukan ketika menentang Fulham.

"Namun begitu, jika kami berjaya melakukan persembahan yang lebih baik daripada itu, pihak lawan akan terdedah kepada hukuman.

"Saya gembira dengan keputusan perlawanan (kelmarin), tetapi saya tidak mahu lagi melihat situasi cuai yang banyak berlaku seperti ini pada pertemuan seterusnya," kata Hiddink. - AFP

No comments:

Post a Comment