duit raya

Monday, May 4, 2009

Wenger yakin kebal

PORTSMOUTH: Arsene Wenger yakin nasib Arsenal dalam Liga Juara-Juara akan ditentukan oleh keupayaan mereka untuk mengekang barisan bintang galaksi dimiliki oleh Manchester United.

Dua jaringan melalui Nicklas Bendtner dan jaringan sulung pemain muda Mexico, Carlos Vela (gambar) dalam Liga Perdana membantu Arsenal mencipta kemenangan 3-0 di Portsmouth, kelmarin, memberikan suntikan sempurna menjelang perlawanan separuh akhir kedua berdepan Manchester United.

Arsenal perlu mengubah keputusan ketinggalan satu gol dan tidak boleh membenarkan Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan rakan sepasukan mereka mendapatkan gol di tempat lawan.

Bagaimanapun, skuad Wenger masih belum melepaskan sebarang gol di Stadium Emirates dalam saingan liga sejak 21 Disember lalu dan pengurus berbangsa Perancis itu berharap dapat mempertahankan rekod bersih tanpa dibolosi menentang juara Eropah itu yang akan memberikan asas untuk mencatat kemenangan bersejarah.

No comments:

Post a Comment